Saturday, February 19, 2011

KEK BALDU MERAH @ RED VELVET CAKE




Kek Baldu Merah a.k.a Red Velvet Cake ini di sediakan khas untuk majlis makan2 keluarga besar di Puchong atas permintaan seorang sepupu yg sedang sarat mengandung dan makcik. Pada mulanya, memang dijangkakan kami tidak dapat menghadiri majlis itu memandangkan anak2 bersekolah ganti pagi dan petang pada hari tersebut. So, tiadalah persiapan untuk menyediakan kek ini (walaupun bahan2nya telah lama tersedia di dalam peti). Tetiba, anak2 ku yg bersekolah petang tidak mahu ke sekolah. Alasannya, nanti tiada kawan2 yg akan pergi. Setelah bertekak dan bertegang urat, maka aku dengan rela hati membenarkan mereka untuk ponteng sekolah pada hari tersebut!!

Suami pun memberi isyarat supaya kami bersedia untuk ke majlis makan2 itu. Tp aku merasa agak seganlah kerana tiada buah tangan yg hendak di bawa. Suami mendesak agar segera menyediakan kek itu dan akan menunggu sehingga proses menyediakan kek ini selesai. Aku bagaikan lipas kudung terus berlari menuju ke dapur. Cuba bayangkan, jam 12 tengahari aku memulakan membuat kek ini. Mujur juga ada assistant yg mengambil bahagian spt mengayak tepung, menyediakan pes dsbnya. Agak cepat juga lah proses ini berakhir. Menunggu kek itu sejuk untuk dilepa pun satu masalah juga!

Setelah puas berhempas pulas di dapur maka siaplah kek tersebut tp masih ada masalah lagi kerana kek tersebut perlu didinginkan terlebih dahulu. Tapi tidak mengapa! Sementara menunggu krim kek itu keras, kami semua bersiap2. Lebih kurang jam 3:00 ptg kami bergerak menuju ke Bandar Saujana Putra di Puchong. Tiba di sana lebih kurang jam 3:45 ptg. Mereka semua agak terperanjat juga apabila melihat kami tiba kerana kami tiada pengesahan untuk hadir. Terpancar rasa gembira di hati mereka kerana melihat kami tiba dengan membawa buah tangan seperti yg dijanjikan.

Aku juga gembira kerana mereka juga teruja dan tidak sabar menanti untuk merasai kek yg sedang glamour ini. Terima kasih semua kerana menghargai penat lelah ku menyediakan kek tersebut.


KEK RED VELVET

BAHAN A
250g tepung kek (superfine)
1 s/teh bking powder

BAHAN B
2 s/besar pewarna merah
2 s/besar serbuk koko

BAHAN C
113g butter (sy guna Buttercup)
300g gula (saya mesin halus siap2)
2 biji telor
1 s/teh esen vanila
240 ml buttermilk

BAHAN D
1 s/teh cuka
1 s/teh baking soda


CARA2 :


1. Panaskan oven @ 170'C selama 10 min (suhu bergantung pd oven masing2)
2. Buat bancuhan buttermilk - 240ml susu + 1 s/teh cuka (sy guna DL full cream) biarkan selama 10 minit. ketepikan.
3. Alas cake tin size 9" dengan baking sheet.
4. Ayak semua bahan A, ketepikan.
5. Dlm mangkuk kecil, campur pewarna merah + serbuk koko. Kacau hingga tidak bergentel. ketepikan.
6. Dalam mangkuk besar, pukul butter + gula hingga ringan & gebu selama 3 minit.
7. Masukkan telur, esen vanila dan koko pes tadi.
8. Kaup-balik adunan menggunakan spatula.
9. Tuang 1/3 bahan A ke dalam adunan & pukul sebati. Di ikuti 1/2 buttermilk. Pukul rata. Buat secara berselangseli (mula ngan tepung akhiri dengan tepung). Sentiasa kaup-balik ngan spatula agar adunan sekata.
10. Dlm mangkuk kecil, campurkan cuka + baking soda. Berbuih saje, terus masuk dalam adunan kek tadi.
11. Cepat2 masuk dalam loyang & bakar dengan suhu 170 darjah celsius selama 25-30 min atau hingga masak. Kek ini moist. kene check awal. Bila cucuk dengan lidi je kek dah bersih terus keluarkan dari oven.

Sejukkan kek selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum di letakkan frostingnya.


Creamcheese frosting
2 blok cream cheese (500g)
1/2 cawan butter
1 s/teh esen vanilla
2 cwn gula icing (diayak dan saya mesin halus juga)

1. Pukul butter + creamcheese hingga lembut.
2. Perlahankan mixer, masukkan gula + esen vanilla. Pukul lagi hingga gebu & ringan.
3. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yg rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek. Lagi tebal, lagi sedap. Kemudian letakkan kek yg kedua atas kek yg pertama td, bahagian yg rata menghadap ke bawah. Kemudian sapu lagi frosting di seluruh kek.

kek ini sedap kalau di masukkan ke dalam peti sejuk. Selepas itu keluarkan sekejap bg kek itu tidak terlalu keras, baru sedap di makan.

Friday, February 18, 2011

MIHUN GORENG

Pagi2 lagi teringat kat mihun goreng. Bukan apa, mihun ni di minta oleh anak ke dua ku - Nik Aqieff (3 hari yang lalu). Nasib baik sempat menyediakan mihun ini sebelum dia ke sekolah pg tadi (sekolah ganti untuk perayaan CNY baru2 ini). Hutang ku pada dia sudahpun tertunai.

NASI KERABU

Sebenarnya, nasi kerabu ni lebih sedap di makan untuk sarapan pagi tapi disebabkan hubby ku bangun lewat (pagi lagi dah bangun tp kes tido semula selepas menelan ubat kerana selsema, sakit tekak dan sakit kepala) jadinya nasi kerabu ini dijadikan menu untuk lunch sebelum kami sekeluarga bertolak ke Genting Highlands semasa cuti Maulidur Rasul. Anak2 terutamanya si Nik Ashraff (yg sulung) cukup menggemari nasi kerabu ini tambahan pula jika di letakkan botol budu di depannya. Mau dia wat sup!! Jom layannnnsss...










UNTUK NASI:

1- Tanak nasi seperti biasa menggunakan kemancar santan (santan paling cair), daun limau purut, daun pandan dan bunga @ pewarna biru.



UNTUK KUAH TUMIS:

1- Ambil pati santan dr sebiji kelapa.

2- Bawang merah, bawang putih, cili kering dikisar.

3- Sebatang serai dititik, 2 kpg asam keping.

4- garam dan gula.



CARA:

1- Panaskan sedikit minyak.

2- Masukkan bahan no. 2 & 3, dikacau dengan api yg kecil (sentiasa di kacau supaya tidak berketul2). Masukkan garam dan secubit gula.

3- Masak hingga pekat, pecah minyak dan rasakan masinnya.



UNTUK SAMBAL KELAPA:

1- Rebus ikan sardin @ ikan kembung. Diasingkan isi dan digoreng tanpa minyak.

2- Kelapa dibuat kerisik dan dimesin sederhana halusnya.

3- Bawang merah, lada hitam, serai, sedikit halia, gula kabung (nisan), gula putih dan garam ditumbuk lumat.

4- Gaulkan bersama isi ikan dan kerisik td. Siap.



ULAMAN:

1- Timun, serai, daun kesum, bunga kantan, kacang panjang, daun serai kayu, tauge, daun kunyit , tauge.


LAUK2 LAIN:

1- Keropok ikan, telur masin, bawang putih jeruk, ikan goreng celup tepung, daging bakar, ayam goreng.



SOLOK LADA:

1- Cili hijau.

2- Ikan sardin @ ikan kembung mentah di buang kulit dan diasingkan isinya, serta dimesin @ ditumbuk halus.

3- Kelapa dimesin halus.

4- Bawang merah, gula dan garam.

5- Sedikit pati santan untuk memasak solok nanti.



CARA:

1- Cili hijau di belah dua tp tak putus. Hati2 supaya xbelah sehingga ke tangkai (isi ikan akan terkeluar ketika di masak nanti). Korek dan buangkan biji2nya.

2- Tumbuk bawang merah dan ikan. Gaulkan sekali.

3- Ambil lada dan sumbatkan bahan2 tadi.

4- Di dalam periuk lain, masukkan pati santan, garam, gula, sedikit halia dan susunkan solok lada dengan kemas.

5- Masak dengan api yg perlahan.

PUDING TRIFFLES

Sebenarnya, aku baru saje mempelajari cara-cara membuat puding triffles ni (minggu lepas). Ini masuk kali ke 2 lah aku mempraktikkan puding ini. Mujur menjadi kesukaan keluarga terutama anak2ku. Tak susah untuk menyediakannya. Yang paling menarik tentang puding triffles ini ialah puding ini mempunyai lapisan swiss roll kek di bahagian bawahnya, di ikuti oleh sos kastad yg lemak berkrim, ditindan pula dengan buah2an koktail dan akhir sekali di selimuti dengan lapisan agar2 nipis. Lebih sedap sekiranya didinginkan dan dicurahkan whipping cream @ yogurt di atasnya. Sedap!! Sedap!!





PUDING TRIFFLES


BAHAN2

1 bungkus swiss roll (xkira apa2 perasa samada pandan, vanilla dll)
1 tin fruit cocktail – jenama LIGO @ apa2 lah
Kristal Jeli Nona (serbuk – macam2 perisa dan warna (ikut suka))
1 tin susu cair }
1/2 tin air } kesemuanya dicampurkan
7 sudu besar gula pasir } dan dimasukkan ke dalam periuk
1 penutup esen vanilla } untuk dimasak dengan api yg perlahan
4 sudu besar tepung kastad } sambil dikacau selalu
Whipping Cream (boleh juga di gantikan dengan Nestle Yogurt)


CARA2 MEMBUAT

LAYER 1
Susu cair, ½ tin air, 7 sudu besar gula pasir, esen vanilla dan tepung kastad dimasak atas dapur dengan api yg sederhana sehingga bancuhan tadi menjadi likat. Biarkan sejuk seketika.


LAYER 2
Potong swiss roll anggaran 1.5 cm tebal dan susunkan di dalam mangkuk kaca (boleh juga disusunkan di dalam cawan koktail. Tuangkan air dari fruit koktail ke atas swiss roll sehingga lembab (basah) dan masukkan bancuhan kastad yg telah agak2 sejuk td.


LAYER 3
Buah2an koktail td ditabur ke atas layer 2 (lapisan kastad). Ketepikan sekejap dan sementara itu boleh lah sediakan layer jelly.


LAYER 4
Masak air dan sukat mengikut arahan di kotak jeli (tetapi kurangkan sukatan airnya sebanyak 100 ml untuk mengelakkan jeli tersebut tidak mengeras). Kacau seketika dan tutup api. Tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair) dan tuangkan ke atas lapisan layer ke 3 td (buah2an koktail).


LAYER 5
Sejukkan. Bila jelly dah beku, tuangkan whipping cream @ yogurt ke atasnya.

LAKSA ASAM

LAKSA. Kami dua beranak, aku dan Sharah amat menggemari laksa tapi tidak berapa digemari oleh ahli keluarga yang lain. Antara banyak2 laksa, laksa inilah yg paling aku gemari. Selain dari rasanya yang masam dan pedas terdapat satu rasa yang sukar dibayangkan oleh kata2.Lebih sedap lagi sekiranya diletakkan juga hirisan nenas!! Pergghhh!! Berbaloi2 lah memakannya hingga tak menjamah nasi pun tak mengapa..

Juadah ini menjadi hidangan teman, Anna Suzana yg datang menjengah petang semalam. Memang langkah kanan sungguh dan dihidangkan pula bersama Puding Triffles!! Terima kasih kerana sudi merasa dan menikmati kedua2 hidangan ini walaupun terpaksa bergegas ke tempat lain dengan segera.


Bahan2

500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang

Bahan untuk kuah

4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan

Bahan kisar

8-10 cili kering (ikut rasa pedas masing2)
2.5 cm belacan
2 biji bawang besar
garam secukup rasa


Cara-cara

1. Ikan direbus, ditoskan airnya, dibuangkan tulangnya. Air rebusan ikan tadi disimpan untuk dibuat kuah nanti.
2. Kisar isi ikan (terpulang samada hancur @ separa hancur).
3. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan bersama bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih dan pekat.
4. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Dan bolehlah dihidangkan.
5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).