Friday, February 18, 2011

NASI KERABU

Sebenarnya, nasi kerabu ni lebih sedap di makan untuk sarapan pagi tapi disebabkan hubby ku bangun lewat (pagi lagi dah bangun tp kes tido semula selepas menelan ubat kerana selsema, sakit tekak dan sakit kepala) jadinya nasi kerabu ini dijadikan menu untuk lunch sebelum kami sekeluarga bertolak ke Genting Highlands semasa cuti Maulidur Rasul. Anak2 terutamanya si Nik Ashraff (yg sulung) cukup menggemari nasi kerabu ini tambahan pula jika di letakkan botol budu di depannya. Mau dia wat sup!! Jom layannnnsss...










UNTUK NASI:

1- Tanak nasi seperti biasa menggunakan kemancar santan (santan paling cair), daun limau purut, daun pandan dan bunga @ pewarna biru.



UNTUK KUAH TUMIS:

1- Ambil pati santan dr sebiji kelapa.

2- Bawang merah, bawang putih, cili kering dikisar.

3- Sebatang serai dititik, 2 kpg asam keping.

4- garam dan gula.



CARA:

1- Panaskan sedikit minyak.

2- Masukkan bahan no. 2 & 3, dikacau dengan api yg kecil (sentiasa di kacau supaya tidak berketul2). Masukkan garam dan secubit gula.

3- Masak hingga pekat, pecah minyak dan rasakan masinnya.



UNTUK SAMBAL KELAPA:

1- Rebus ikan sardin @ ikan kembung. Diasingkan isi dan digoreng tanpa minyak.

2- Kelapa dibuat kerisik dan dimesin sederhana halusnya.

3- Bawang merah, lada hitam, serai, sedikit halia, gula kabung (nisan), gula putih dan garam ditumbuk lumat.

4- Gaulkan bersama isi ikan dan kerisik td. Siap.



ULAMAN:

1- Timun, serai, daun kesum, bunga kantan, kacang panjang, daun serai kayu, tauge, daun kunyit , tauge.


LAUK2 LAIN:

1- Keropok ikan, telur masin, bawang putih jeruk, ikan goreng celup tepung, daging bakar, ayam goreng.



SOLOK LADA:

1- Cili hijau.

2- Ikan sardin @ ikan kembung mentah di buang kulit dan diasingkan isinya, serta dimesin @ ditumbuk halus.

3- Kelapa dimesin halus.

4- Bawang merah, gula dan garam.

5- Sedikit pati santan untuk memasak solok nanti.



CARA:

1- Cili hijau di belah dua tp tak putus. Hati2 supaya xbelah sehingga ke tangkai (isi ikan akan terkeluar ketika di masak nanti). Korek dan buangkan biji2nya.

2- Tumbuk bawang merah dan ikan. Gaulkan sekali.

3- Ambil lada dan sumbatkan bahan2 tadi.

4- Di dalam periuk lain, masukkan pati santan, garam, gula, sedikit halia dan susunkan solok lada dengan kemas.

5- Masak dengan api yg perlahan.

No comments:

Post a Comment