Tuesday, May 24, 2011

KEK PUDING KARAMEL

Sejenis kek yg agak asing pada aku tp sedap!! KEK PUDING KARAMEL. Membancuh satu lapisan ke satu lapisan. Yg kesemuanya ada 4 lapisan dan bermula dengan gula karamel, lapisan krim, lapisan kek dan akhir sekali lapisan meringue. Di masak secara 'double bling'. Dengan semangat yg berkobar2 aku masukkan ke dalam oven selama 1 jam. Kringggggg!!! Jam penanda waktu di oven berbunyi. Dengan tak sabarnya aku buka pintu oven dan keluarkan kek. Cantik dan menjadi dengan baik kek ini. Tak sabar nak tunggu Sejuk dan nak terbalikkan kek ini. Semua dah menunggu untuk merasai keenakkan kek ini. Jeng jeng jeng!! Aku potong dengan berhati2. Opsss!!! Sayangnya.. Di bahagian dalam kek ini kurang masak. Masih sedikit lembik tp aku dengan rakusnya ingin jugak merasai keenakkan kek ini. Potong dan masukkan ke dalam piring. Bawa ke ruang tamu dan makan bersama suami. Sedap! katanya. Tp sayang, bahagian dalam kek tak masak. Suami suruh masuk oven dan masakkan sekali lagi. Aku akur kata2nya. Masukkan ke dalam oven dan bakar sekali lagi sehinggalah aku terlelap.. Sbb kek ni dibuat malam hari, ngeee... Tersedar aje dari tido ku, kek dah hangus di bahagian atasnya. Hampa.. dan jadi makanan tong sampah. Sampai ke hari ni aku masih belum berkesempatan membuatnya lagi. Serik ke? X tau lar. Mungkin akan cuba suatu hari nanti. I'allah...

OREO CHEESE CAKE

Kek ini aku sediakan sewaktu menyambut birthday saya yg ke ..tuuuutttt!! Seawal pagi aku bangun dan membancuh kek ni ketika semua ahli keluarga sedang nyenyak tido. Selepas siap segalanya aku masukkan ke dalam oven dan tinggalkan untuk menghantar anak2 ke sekolah. Sebenarnya, ini adalah kali ke 2 aku menyediakan kek ini setelah agak kurang puas hati dengan hasil yang pertama.

Sempena harijadi aku ni, hanya anak2 yg bersekolah pagi aje yg ke sekolah. Suami tidak ke pejabat dan anak2 yg bersekolah petang semua tak mao ke sekolah kerana nak meraikan harijadi aku ni. Padahal tiada apa yg istimewa pun sambutan untuk hari ini kecuali hidangan Nasi Cenderawasih dan sebiji Cheese Oreo Kek ni. Lucu lar.. Anyway, thank you kepada suami dan anak2. Sebenarnya, aku masih menantikan hadiah yg dijanjikan oleh si suami. Apa2pun, layan aje lar..

AIR KACANG SOYA


SOYA! Dulu2 rajin jugak membuatnya masa anak2 masih kecik. Buat dan mimum sampai muak. Semenjak dua menjak ni asal nampak air soya je mesti nak beli. Kalau berenti beli kat gerai goreng pisang tu mesti nak kene beli 4@5 cawan plastik tu. Akhirnya, aku terjumpa kacang soya tu semasa membeli lauk di kedai Acheh. Apa lagi? Bermula lar projek dalam kepala otakku ni. Beli sekilo dengan harga RM5. Balik aje, terus aku bersihkan dan rendam kacang soya ni. Sekejap aje kacang2 soya ni kembang dan lembut. Aku tahan aje hati ni. Sebab setau aku kacang ni hendaklah direndam semalaman. Sabar! Sabar! kata hatiku..

Aku memasak untuk hidangan makanan tengahari. Sekali lagi aku terpandangkan kacang soya ni. Ish.. tak leh jadi ni.. Aku biarkan dulu sambil aku prepare pengat pisang utk minum petang. Anak2 dah bertanya bila boleh siap air kacang soya ni? Hish.. dah tak sabar2 rupa2nya anak2ku ini. Xpe, jap2 lagi umi bikin ini air soya. Akhirnya aku pun tak sabar nak buat. Tepat jam 6 petang, sementara menunggu suami ku pulang, aku basuh bersih2 kacang soya tu sambil meramas2 agar kulit arinya tertanggal. Aku blend dan perah masuk kedalam kain putih bersih untuk airnya. Masukkan dalam periuk dan memasak dengan api perlahan. Harum semerbak rumahku berbau air kacang soya ni. Tepat jam 8 malam air ni siap dan kami tanpa berlengah lagi terus mengadap hidangan makan malam dengan satu jug air soya ini. Pergh!!!

Thursday, May 19, 2011

TIRAMISU

Lamanya tak update blog. Buzy sesangat dengan macam2 aktiviti. Takpe lar, yg tu tolak tepi. Nak citer pasal simple Tiramisu ni. Dah lama terliur nak buat tp mencari biskut lady fingers tu memang susah sikit kat sini. Mujur lah semalam, masa ke kedai bahan2 kek ni, terjumpa benda alah ni. Terus saya sambar 1 bungkus dan bawak pulang. Dah sampai rumah, baru terfikir - barang2 lain macam stroberi dan coklat Hershey's tu takde pulak. Takpe, pagi tadi lepas ambik anak dari KAFA terus saya ke Econsave mencari stroberi dan coklat Hershey's. Jumpa!! Dah sah kene buat jugak dan ini lah hasilnya. Tadaaa.... Special thanks untuk Noorliza Idris kerana membuatkan saya terliur dan berusaha untuk buat benda ni.

Monday, May 2, 2011

CHOCOLATE CUP CAKES


Lama tak makan kek coklat tp sengaja nak wat dalam bentuk cuppies. Senang! Tak payah nak potong2 lagi. Nak makan ambik sebiji2. Projek secara tak sengaja lar ni. Apa lagi? Sila jamu mata lar..

HAZELNUT CHOCOLATE TART



Coklat Tat! Sedap sesangat.. dalamnya ada kacang hazel yg dibakar rapuh. Selalu makan yg cheese tart dan fruit tart aje. Kali ni try coklat tat pulak. Memang sesuatu yg sukar dinyatakan! Mau order? Sila2 lar..

RED VELVET CUP CAKES


Projek semalam. Macam tak percaya boleh buat macam2 dalam satu hari! Bermula dengan Chocolate cc, red velvet cc dan coklat tart. Tp yg kelakarnya, xsempat langsung nak jamah sebab terlalu kenyang makan tengahari. Petangnya (sudah agak lewat) selepas make up cc dan tat, hubby ajak kuar makan nasi padang di Greenwood. Apalagi? Pucuk dicita, ulam mendatang. Anak2 tak turun pun dari keta sebab xsuka dengan nasi padang. Lagipun masa kami tiba, hujan lebat mencurah2. Deme tunggu dalam keta sementara kami suami isteri makan. Balik dari Greenwood, singgah kat Subway Kota Damansara sbb anak2 nak makan benda alah ni. Beli dan aku tumpang semangkuk lagi. Balik sampai rumah, nampak pulak rv, coklat cc dan coklat tart. Tibai lagi... Tido dalam kekenyangan yg amat sangat!!



Thursday, April 14, 2011

FRUIT TART





FRUIT TART. Sedap rupa2 nya benda alah ini! Sebelum ini pandang sipi2 aje. Akhirnya, minat utk ke kelas ini muncul jugak setelah sekian lama bertangguh2 untuk belajar teknik pembuatannya. Terima kasih kepada Chef Rose kerana bertungkus lumus mengajar kami beserta dengan tip2 yg berguna.





Membuatnya tak susah juga tapi nak menekan ke dalam loyang kecik2 tu yang tak tahan. Menguji kesabaranku.. Mujur ada anak bujang yg sudi membantu mengerjakan kulit ni sampai habis. Tengkiu anakku, Nik Aqieff. Jom layanzzz..

Wednesday, March 30, 2011

RENDANG AYAM

DAGING GORENG KUNYIT

SINGGANG IKAN AYE @ IKAN TONGKOL @ IKAN KAYU

KURMA AYAM

KARI AYAM BERKENTANG

KARI IKAN

KETAM GORENG BERCILI

AIR LONGAN

IKAN KEMBUNG MASAK ASAM TEMPOYAK

PETOLA TUMIS AIR + TELUR

NASI LEMAK AYAM GORENG

TOMYAM AYAM

CHICKEN CHOP WITH BLACK PEPPER SAUCE

NASI AYAM

Friday, March 25, 2011

DONUT




DONUT

Bahan2

A
300 gram tepung roti
200 gram tepung gandum
80 gram gula kastor
Sedikit garam halus
20 gram susu tepong
½ sudu teh bread improver
10 gram yis

B
240 gram air
40 gram shortening (lemak sayuran)
20 gram bread softner (pelembut roti)

C
Snow Powder untuk menyalut donut
Pelbagai jenis jem @ filling
Coklat Cair




CARA

1. Satukan semua Bahan A seperti tepung roti , tepung gandum dan yis digaulkan bersama didalam besen besar. Masukkan bread improver, susu tepung dan juga gula serta garam. Pastikan garam dan yis tidak bercampur sekali semasa proses ini kerana yis dan garam yg bercampur akan menjadikan yis tidak aktif.
2. Bulatkan di tengah2 besen dan masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Kemudian, gaul rata dan uli dengan perlahan sambil meramas2 adunan itu. Doh akan kelihatan seperti berberai pada ketika ini.
4. Masukkan shortening dan juga bread softner. Uli lagi dengan kaedah seperti membasuh kain dengan tangan lebih kurang dalam 15 minit.
5. Uli doh hingga licin dan lembut hingga doh menjadi elastic.
6. Perapkan doh selama 30 minit sehingga ia menjadi 2x ganda saiz dan wrapkan. Rehatkan..
7. Canai adunan dengan acuan donut bersaiz 102 mm). Ini akan mendapatkan donut sebanyak 13 biji.
8. Semasa menggunakan acuan donut, sila jangan buang di bahagian tengah2 donut kerana kita akan menyediakan donut yg ditengah2nya ada perasa pilihan.
9. Selepas dicanai, biarkan lagi selama 10 minit supaya doh naik 2x ganda.
10. Panaskan minyak dan kecilkan api ketika mahu menggoreng utk menggelakkan donut td hangus dan tidak masak di bahagian dalam. Goreng hingga donut berwarna keemasan. Angkat dan toskan.
11. Setelah sejuk, ambil donut tadi dan paipkan di bahagian tepi donut untuk proses memasukkan filling @ inti mengikut citarasa yg diingini. Gunakan piping beg untuk isi jem dan besi paip no. 230. Tekan perlahan2 bahagian tengah donut td tetapi tidak putus untuk isikan jem yg dikehendaki.
12. Salut dengan snow sugar @ celup dlm coklat cair. Hias mengikut citarasa masing2.

Selamat mencuba!!

Thursday, March 24, 2011

ACAR MENTAH TIMUN



ACAR MENTAH TIMUN

Bahan

1 batang timun
1 batang lobak merah (tp saya tak masukkan sebab kehabisan stok ketika itu)
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 s/k kapur makan + air secukupnya
3 s/b cuka makan
Gula
Garam

Cara

1. Timun di potong dan dibelah memanjang sambil dibuang pulurnya (isi bahagian dalam).
2. Lobak diparut halus
3. Hiris cili dan bawang besar membulat.
4. Rendamkan semua sayur dalam air kapur supaya rangup.
5. Toskan sayuran sehingga kering.
6. Campurkan kesemua bahan ini ke dalam bekas.
7. Masukkan cuka makan, gula dan garam. Gaul rata.
9. Sedap dimakan setelah sejam atau dua jam selepas digaul.

Saturday, February 19, 2011

KEK BALDU MERAH @ RED VELVET CAKE




Kek Baldu Merah a.k.a Red Velvet Cake ini di sediakan khas untuk majlis makan2 keluarga besar di Puchong atas permintaan seorang sepupu yg sedang sarat mengandung dan makcik. Pada mulanya, memang dijangkakan kami tidak dapat menghadiri majlis itu memandangkan anak2 bersekolah ganti pagi dan petang pada hari tersebut. So, tiadalah persiapan untuk menyediakan kek ini (walaupun bahan2nya telah lama tersedia di dalam peti). Tetiba, anak2 ku yg bersekolah petang tidak mahu ke sekolah. Alasannya, nanti tiada kawan2 yg akan pergi. Setelah bertekak dan bertegang urat, maka aku dengan rela hati membenarkan mereka untuk ponteng sekolah pada hari tersebut!!

Suami pun memberi isyarat supaya kami bersedia untuk ke majlis makan2 itu. Tp aku merasa agak seganlah kerana tiada buah tangan yg hendak di bawa. Suami mendesak agar segera menyediakan kek itu dan akan menunggu sehingga proses menyediakan kek ini selesai. Aku bagaikan lipas kudung terus berlari menuju ke dapur. Cuba bayangkan, jam 12 tengahari aku memulakan membuat kek ini. Mujur juga ada assistant yg mengambil bahagian spt mengayak tepung, menyediakan pes dsbnya. Agak cepat juga lah proses ini berakhir. Menunggu kek itu sejuk untuk dilepa pun satu masalah juga!

Setelah puas berhempas pulas di dapur maka siaplah kek tersebut tp masih ada masalah lagi kerana kek tersebut perlu didinginkan terlebih dahulu. Tapi tidak mengapa! Sementara menunggu krim kek itu keras, kami semua bersiap2. Lebih kurang jam 3:00 ptg kami bergerak menuju ke Bandar Saujana Putra di Puchong. Tiba di sana lebih kurang jam 3:45 ptg. Mereka semua agak terperanjat juga apabila melihat kami tiba kerana kami tiada pengesahan untuk hadir. Terpancar rasa gembira di hati mereka kerana melihat kami tiba dengan membawa buah tangan seperti yg dijanjikan.

Aku juga gembira kerana mereka juga teruja dan tidak sabar menanti untuk merasai kek yg sedang glamour ini. Terima kasih semua kerana menghargai penat lelah ku menyediakan kek tersebut.


KEK RED VELVET

BAHAN A
250g tepung kek (superfine)
1 s/teh bking powder

BAHAN B
2 s/besar pewarna merah
2 s/besar serbuk koko

BAHAN C
113g butter (sy guna Buttercup)
300g gula (saya mesin halus siap2)
2 biji telor
1 s/teh esen vanila
240 ml buttermilk

BAHAN D
1 s/teh cuka
1 s/teh baking soda


CARA2 :


1. Panaskan oven @ 170'C selama 10 min (suhu bergantung pd oven masing2)
2. Buat bancuhan buttermilk - 240ml susu + 1 s/teh cuka (sy guna DL full cream) biarkan selama 10 minit. ketepikan.
3. Alas cake tin size 9" dengan baking sheet.
4. Ayak semua bahan A, ketepikan.
5. Dlm mangkuk kecil, campur pewarna merah + serbuk koko. Kacau hingga tidak bergentel. ketepikan.
6. Dalam mangkuk besar, pukul butter + gula hingga ringan & gebu selama 3 minit.
7. Masukkan telur, esen vanila dan koko pes tadi.
8. Kaup-balik adunan menggunakan spatula.
9. Tuang 1/3 bahan A ke dalam adunan & pukul sebati. Di ikuti 1/2 buttermilk. Pukul rata. Buat secara berselangseli (mula ngan tepung akhiri dengan tepung). Sentiasa kaup-balik ngan spatula agar adunan sekata.
10. Dlm mangkuk kecil, campurkan cuka + baking soda. Berbuih saje, terus masuk dalam adunan kek tadi.
11. Cepat2 masuk dalam loyang & bakar dengan suhu 170 darjah celsius selama 25-30 min atau hingga masak. Kek ini moist. kene check awal. Bila cucuk dengan lidi je kek dah bersih terus keluarkan dari oven.

Sejukkan kek selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum di letakkan frostingnya.


Creamcheese frosting
2 blok cream cheese (500g)
1/2 cawan butter
1 s/teh esen vanilla
2 cwn gula icing (diayak dan saya mesin halus juga)

1. Pukul butter + creamcheese hingga lembut.
2. Perlahankan mixer, masukkan gula + esen vanilla. Pukul lagi hingga gebu & ringan.
3. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yg rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek. Lagi tebal, lagi sedap. Kemudian letakkan kek yg kedua atas kek yg pertama td, bahagian yg rata menghadap ke bawah. Kemudian sapu lagi frosting di seluruh kek.

kek ini sedap kalau di masukkan ke dalam peti sejuk. Selepas itu keluarkan sekejap bg kek itu tidak terlalu keras, baru sedap di makan.

Friday, February 18, 2011

MIHUN GORENG

Pagi2 lagi teringat kat mihun goreng. Bukan apa, mihun ni di minta oleh anak ke dua ku - Nik Aqieff (3 hari yang lalu). Nasib baik sempat menyediakan mihun ini sebelum dia ke sekolah pg tadi (sekolah ganti untuk perayaan CNY baru2 ini). Hutang ku pada dia sudahpun tertunai.

NASI KERABU

Sebenarnya, nasi kerabu ni lebih sedap di makan untuk sarapan pagi tapi disebabkan hubby ku bangun lewat (pagi lagi dah bangun tp kes tido semula selepas menelan ubat kerana selsema, sakit tekak dan sakit kepala) jadinya nasi kerabu ini dijadikan menu untuk lunch sebelum kami sekeluarga bertolak ke Genting Highlands semasa cuti Maulidur Rasul. Anak2 terutamanya si Nik Ashraff (yg sulung) cukup menggemari nasi kerabu ini tambahan pula jika di letakkan botol budu di depannya. Mau dia wat sup!! Jom layannnnsss...










UNTUK NASI:

1- Tanak nasi seperti biasa menggunakan kemancar santan (santan paling cair), daun limau purut, daun pandan dan bunga @ pewarna biru.



UNTUK KUAH TUMIS:

1- Ambil pati santan dr sebiji kelapa.

2- Bawang merah, bawang putih, cili kering dikisar.

3- Sebatang serai dititik, 2 kpg asam keping.

4- garam dan gula.



CARA:

1- Panaskan sedikit minyak.

2- Masukkan bahan no. 2 & 3, dikacau dengan api yg kecil (sentiasa di kacau supaya tidak berketul2). Masukkan garam dan secubit gula.

3- Masak hingga pekat, pecah minyak dan rasakan masinnya.



UNTUK SAMBAL KELAPA:

1- Rebus ikan sardin @ ikan kembung. Diasingkan isi dan digoreng tanpa minyak.

2- Kelapa dibuat kerisik dan dimesin sederhana halusnya.

3- Bawang merah, lada hitam, serai, sedikit halia, gula kabung (nisan), gula putih dan garam ditumbuk lumat.

4- Gaulkan bersama isi ikan dan kerisik td. Siap.



ULAMAN:

1- Timun, serai, daun kesum, bunga kantan, kacang panjang, daun serai kayu, tauge, daun kunyit , tauge.


LAUK2 LAIN:

1- Keropok ikan, telur masin, bawang putih jeruk, ikan goreng celup tepung, daging bakar, ayam goreng.



SOLOK LADA:

1- Cili hijau.

2- Ikan sardin @ ikan kembung mentah di buang kulit dan diasingkan isinya, serta dimesin @ ditumbuk halus.

3- Kelapa dimesin halus.

4- Bawang merah, gula dan garam.

5- Sedikit pati santan untuk memasak solok nanti.



CARA:

1- Cili hijau di belah dua tp tak putus. Hati2 supaya xbelah sehingga ke tangkai (isi ikan akan terkeluar ketika di masak nanti). Korek dan buangkan biji2nya.

2- Tumbuk bawang merah dan ikan. Gaulkan sekali.

3- Ambil lada dan sumbatkan bahan2 tadi.

4- Di dalam periuk lain, masukkan pati santan, garam, gula, sedikit halia dan susunkan solok lada dengan kemas.

5- Masak dengan api yg perlahan.

PUDING TRIFFLES

Sebenarnya, aku baru saje mempelajari cara-cara membuat puding triffles ni (minggu lepas). Ini masuk kali ke 2 lah aku mempraktikkan puding ini. Mujur menjadi kesukaan keluarga terutama anak2ku. Tak susah untuk menyediakannya. Yang paling menarik tentang puding triffles ini ialah puding ini mempunyai lapisan swiss roll kek di bahagian bawahnya, di ikuti oleh sos kastad yg lemak berkrim, ditindan pula dengan buah2an koktail dan akhir sekali di selimuti dengan lapisan agar2 nipis. Lebih sedap sekiranya didinginkan dan dicurahkan whipping cream @ yogurt di atasnya. Sedap!! Sedap!!





PUDING TRIFFLES


BAHAN2

1 bungkus swiss roll (xkira apa2 perasa samada pandan, vanilla dll)
1 tin fruit cocktail – jenama LIGO @ apa2 lah
Kristal Jeli Nona (serbuk – macam2 perisa dan warna (ikut suka))
1 tin susu cair }
1/2 tin air } kesemuanya dicampurkan
7 sudu besar gula pasir } dan dimasukkan ke dalam periuk
1 penutup esen vanilla } untuk dimasak dengan api yg perlahan
4 sudu besar tepung kastad } sambil dikacau selalu
Whipping Cream (boleh juga di gantikan dengan Nestle Yogurt)


CARA2 MEMBUAT

LAYER 1
Susu cair, ½ tin air, 7 sudu besar gula pasir, esen vanilla dan tepung kastad dimasak atas dapur dengan api yg sederhana sehingga bancuhan tadi menjadi likat. Biarkan sejuk seketika.


LAYER 2
Potong swiss roll anggaran 1.5 cm tebal dan susunkan di dalam mangkuk kaca (boleh juga disusunkan di dalam cawan koktail. Tuangkan air dari fruit koktail ke atas swiss roll sehingga lembab (basah) dan masukkan bancuhan kastad yg telah agak2 sejuk td.


LAYER 3
Buah2an koktail td ditabur ke atas layer 2 (lapisan kastad). Ketepikan sekejap dan sementara itu boleh lah sediakan layer jelly.


LAYER 4
Masak air dan sukat mengikut arahan di kotak jeli (tetapi kurangkan sukatan airnya sebanyak 100 ml untuk mengelakkan jeli tersebut tidak mengeras). Kacau seketika dan tutup api. Tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair) dan tuangkan ke atas lapisan layer ke 3 td (buah2an koktail).


LAYER 5
Sejukkan. Bila jelly dah beku, tuangkan whipping cream @ yogurt ke atasnya.

LAKSA ASAM

LAKSA. Kami dua beranak, aku dan Sharah amat menggemari laksa tapi tidak berapa digemari oleh ahli keluarga yang lain. Antara banyak2 laksa, laksa inilah yg paling aku gemari. Selain dari rasanya yang masam dan pedas terdapat satu rasa yang sukar dibayangkan oleh kata2.Lebih sedap lagi sekiranya diletakkan juga hirisan nenas!! Pergghhh!! Berbaloi2 lah memakannya hingga tak menjamah nasi pun tak mengapa..

Juadah ini menjadi hidangan teman, Anna Suzana yg datang menjengah petang semalam. Memang langkah kanan sungguh dan dihidangkan pula bersama Puding Triffles!! Terima kasih kerana sudi merasa dan menikmati kedua2 hidangan ini walaupun terpaksa bergegas ke tempat lain dengan segera.


Bahan2

500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang

Bahan untuk kuah

4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan

Bahan kisar

8-10 cili kering (ikut rasa pedas masing2)
2.5 cm belacan
2 biji bawang besar
garam secukup rasa


Cara-cara

1. Ikan direbus, ditoskan airnya, dibuangkan tulangnya. Air rebusan ikan tadi disimpan untuk dibuat kuah nanti.
2. Kisar isi ikan (terpulang samada hancur @ separa hancur).
3. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan bersama bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih dan pekat.
4. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Dan bolehlah dihidangkan.
5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).