Friday, February 18, 2011

LAKSA ASAM

LAKSA. Kami dua beranak, aku dan Sharah amat menggemari laksa tapi tidak berapa digemari oleh ahli keluarga yang lain. Antara banyak2 laksa, laksa inilah yg paling aku gemari. Selain dari rasanya yang masam dan pedas terdapat satu rasa yang sukar dibayangkan oleh kata2.Lebih sedap lagi sekiranya diletakkan juga hirisan nenas!! Pergghhh!! Berbaloi2 lah memakannya hingga tak menjamah nasi pun tak mengapa..

Juadah ini menjadi hidangan teman, Anna Suzana yg datang menjengah petang semalam. Memang langkah kanan sungguh dan dihidangkan pula bersama Puding Triffles!! Terima kasih kerana sudi merasa dan menikmati kedua2 hidangan ini walaupun terpaksa bergegas ke tempat lain dengan segera.


Bahan2

500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang

Bahan untuk kuah

4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan

Bahan kisar

8-10 cili kering (ikut rasa pedas masing2)
2.5 cm belacan
2 biji bawang besar
garam secukup rasa


Cara-cara

1. Ikan direbus, ditoskan airnya, dibuangkan tulangnya. Air rebusan ikan tadi disimpan untuk dibuat kuah nanti.
2. Kisar isi ikan (terpulang samada hancur @ separa hancur).
3. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan bersama bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih dan pekat.
4. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Dan bolehlah dihidangkan.
5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

1 comment:

  1. kecur air liur tgk asam laksa..teringin nk makan hehehehe

    ReplyDelete