Saturday, February 19, 2011

KEK BALDU MERAH @ RED VELVET CAKE




Kek Baldu Merah a.k.a Red Velvet Cake ini di sediakan khas untuk majlis makan2 keluarga besar di Puchong atas permintaan seorang sepupu yg sedang sarat mengandung dan makcik. Pada mulanya, memang dijangkakan kami tidak dapat menghadiri majlis itu memandangkan anak2 bersekolah ganti pagi dan petang pada hari tersebut. So, tiadalah persiapan untuk menyediakan kek ini (walaupun bahan2nya telah lama tersedia di dalam peti). Tetiba, anak2 ku yg bersekolah petang tidak mahu ke sekolah. Alasannya, nanti tiada kawan2 yg akan pergi. Setelah bertekak dan bertegang urat, maka aku dengan rela hati membenarkan mereka untuk ponteng sekolah pada hari tersebut!!

Suami pun memberi isyarat supaya kami bersedia untuk ke majlis makan2 itu. Tp aku merasa agak seganlah kerana tiada buah tangan yg hendak di bawa. Suami mendesak agar segera menyediakan kek itu dan akan menunggu sehingga proses menyediakan kek ini selesai. Aku bagaikan lipas kudung terus berlari menuju ke dapur. Cuba bayangkan, jam 12 tengahari aku memulakan membuat kek ini. Mujur juga ada assistant yg mengambil bahagian spt mengayak tepung, menyediakan pes dsbnya. Agak cepat juga lah proses ini berakhir. Menunggu kek itu sejuk untuk dilepa pun satu masalah juga!

Setelah puas berhempas pulas di dapur maka siaplah kek tersebut tp masih ada masalah lagi kerana kek tersebut perlu didinginkan terlebih dahulu. Tapi tidak mengapa! Sementara menunggu krim kek itu keras, kami semua bersiap2. Lebih kurang jam 3:00 ptg kami bergerak menuju ke Bandar Saujana Putra di Puchong. Tiba di sana lebih kurang jam 3:45 ptg. Mereka semua agak terperanjat juga apabila melihat kami tiba kerana kami tiada pengesahan untuk hadir. Terpancar rasa gembira di hati mereka kerana melihat kami tiba dengan membawa buah tangan seperti yg dijanjikan.

Aku juga gembira kerana mereka juga teruja dan tidak sabar menanti untuk merasai kek yg sedang glamour ini. Terima kasih semua kerana menghargai penat lelah ku menyediakan kek tersebut.


KEK RED VELVET

BAHAN A
250g tepung kek (superfine)
1 s/teh bking powder

BAHAN B
2 s/besar pewarna merah
2 s/besar serbuk koko

BAHAN C
113g butter (sy guna Buttercup)
300g gula (saya mesin halus siap2)
2 biji telor
1 s/teh esen vanila
240 ml buttermilk

BAHAN D
1 s/teh cuka
1 s/teh baking soda


CARA2 :


1. Panaskan oven @ 170'C selama 10 min (suhu bergantung pd oven masing2)
2. Buat bancuhan buttermilk - 240ml susu + 1 s/teh cuka (sy guna DL full cream) biarkan selama 10 minit. ketepikan.
3. Alas cake tin size 9" dengan baking sheet.
4. Ayak semua bahan A, ketepikan.
5. Dlm mangkuk kecil, campur pewarna merah + serbuk koko. Kacau hingga tidak bergentel. ketepikan.
6. Dalam mangkuk besar, pukul butter + gula hingga ringan & gebu selama 3 minit.
7. Masukkan telur, esen vanila dan koko pes tadi.
8. Kaup-balik adunan menggunakan spatula.
9. Tuang 1/3 bahan A ke dalam adunan & pukul sebati. Di ikuti 1/2 buttermilk. Pukul rata. Buat secara berselangseli (mula ngan tepung akhiri dengan tepung). Sentiasa kaup-balik ngan spatula agar adunan sekata.
10. Dlm mangkuk kecil, campurkan cuka + baking soda. Berbuih saje, terus masuk dalam adunan kek tadi.
11. Cepat2 masuk dalam loyang & bakar dengan suhu 170 darjah celsius selama 25-30 min atau hingga masak. Kek ini moist. kene check awal. Bila cucuk dengan lidi je kek dah bersih terus keluarkan dari oven.

Sejukkan kek selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum di letakkan frostingnya.


Creamcheese frosting
2 blok cream cheese (500g)
1/2 cawan butter
1 s/teh esen vanilla
2 cwn gula icing (diayak dan saya mesin halus juga)

1. Pukul butter + creamcheese hingga lembut.
2. Perlahankan mixer, masukkan gula + esen vanilla. Pukul lagi hingga gebu & ringan.
3. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yg rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek. Lagi tebal, lagi sedap. Kemudian letakkan kek yg kedua atas kek yg pertama td, bahagian yg rata menghadap ke bawah. Kemudian sapu lagi frosting di seluruh kek.

kek ini sedap kalau di masukkan ke dalam peti sejuk. Selepas itu keluarkan sekejap bg kek itu tidak terlalu keras, baru sedap di makan.

12 comments:

  1. nak jugak kek merah menyala ni.. tergoda gitu

    ReplyDelete
  2. gee, maner recipe rvc nyer. tak sabor doh nie.

    ReplyDelete
  3. Su, boleh aje. Merah itu menawan kan? Seksi je nampak. Lain dari yg lain. Memang patut cuba!!

    ReplyDelete
  4. Maksu Lina, Jee dah forward dah resepi tu. Sila check inbox. Pasni maksu cuba buat dan hantar report yea!!

    ReplyDelete
  5. makcik jee nani nk jgk resepi nk try buat..
    hihihiii...
    sbb nani suke makey kek..

    ReplyDelete
  6. ok nani. boleh saje. nanti m.jee inbox yea @ tidak pun tunggu m.jee tepek resepinya kat sini nanti. Harap bersabar..

    ReplyDelete
  7. a.. dah jadi follower nih.. hehehe.. nak cuba gak buat kek nih..

    ReplyDelete
  8. Salam Akak,

    Sy dh cuba resepi akak ni - MEMANG BEST KAK!! anak2 suke sgt makan. Terima Kasih sbb sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  9. zai! thanks for ur support! Cuba lah yek.. harap dpt menepati citarasa zai dan keluarga.

    ReplyDelete
  10. Xerra : tkasih byk2 sbb berani mencuba resepi dan tahniah kerana berjaya walaupun pd mulanya teragak2 utk melakukannya.

    ReplyDelete